SELAMAT DATANG KE BANTUAN SARA HIDUP

  • Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan Bantuan Sara Hidup menjadi Hak Milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

MAKLUMAN TERKINI

Permohonan BSH 2020

  • Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
  • Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
  • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    1. Elaun Pekerja Cacat
    2. Bantuan Penjagaan OKU
    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    4. Bantuan Orang Tua
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
  1. Permohonan melalui dalam talian
  2. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
  3. Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
  4. Panduan Pengguna Pengisian Borang
  5. Soalan Lazim (FAQ)

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

  • Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
  • Tarikh dan kaedah pembayaran
  1. Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
  2. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
    1. Pengkreditan terus ke akaun; atau
    2. Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • SKK BSH 2020
  1. Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.
  2. Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • SKK BSH 2019
  1. Untuk makluman, tarikh akhir tuntutan SKK BSH 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020. Tuntutan boleh dibuat di Cawangan BSN yang berhampiran.

PERINGATAN

  • Berhati-hati dengan Penyamaran
    1. LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bergerak melalui Pegawai BSH, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
  • MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai BSH menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi seperti yang tular pada Facebook atau media sosial.

  • LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik bagi senarai berkenaan.

  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 / 1-800-88-2747 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Sara Hidup. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

  • Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.

  • LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.

  • MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat melalui mana-mana media sosial seperti Aplikasi WhatsApp. Maklumat yang sahih hanyalah melalui risalah yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima bantuan sebelum ini.
+ Selanjutnya

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
  1. Jumlah Tuntutan – RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)
  2. Tempoh meninggal dunia - 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020
  3. Tempat Tuntutan – Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Skim Khairat Kematian layak bagi Kategori Isi Rumah seperti berikut:

  • Kelayakan SKK adalah seperti berikut:


  • Hubungan waris yang layak:
  1. Pasangan
  2. Pasangan
  3. Ibu
  4. Bapa
  5. Anak
  6. Adik-Beradik
  7. Cucu

  • Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK:
  1. Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris

Berita Terkini


KAUNTER BSH 2020 PEDALAMAN SABAH

30/01/2020

Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi Kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual bagi kemudahan awam.

KAUNTER BSH 2020 PEDALAMAN SARAWAK

30/01/2020

Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi Kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual bagi kemudahan awam.

PEMBAYARAN DIBUAT UNTUK FASA PERTAMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020

20/01/2020

Mulai Isnin 20 Januari 2020 hingga ke Rabu 22 Januari 2020, pembayaran fasa pertama BSH 2020 dikreditkan ke dalam akaun bank penerima BSH yang berdaftar. Untuk fasa pertama BSH 2020, bayaran dibuat sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah.

BANTUAN SARA HIDUP 2020 (BSH 2020)

12/12/2019

Dimaklumkan bahawa pengumuman tempoh pemohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuat oleh YB Menteri Kewangan dalam masa terdekat. Sehubungan dengan itu, LHDNM ingin menjelaskan bahawa sebarang makluman yang terdapat di media sosial adalah TIDAK TEPAT.