SELAMAT DATANG KE BANTUAN SARA HIDUP

  • Semakan kelulusan permohonan BSH 2020 boleh dibuat mulai 23 Julai 2020 di menu Semakan Status Permohonan atau MyBSH (perlu ID Pengguna dan Kata Laluan)

MAKLUMAN TERKINI

Permohonan BSH 2020

  • Pembayaran Fasa 3 BSH 2020 adalah mulai 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan. Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
  • Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Center – UTC) bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 (tertakluk kepada pindaan). Sila klik untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan BSH 2020 yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.
  • Permohonan Rayuan BSH 2020 secara dalam talian boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 hanya bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja. Sila Klik untuk maklumat lanjut Status Tidak Lulus BSH 2020 yang dibenarkan Rayuan secara dalam talian. Selain daripada status Tidak Lulus berkenaan, Rayuan BSH 2020 perlu dibuat di Cawangan LHDNM.
  • Kaunter Rayuan BSH 2020 dibuka di Cawangan LHDNM mulai 7 Ogos 2020. Sila Klik Jadual pembukaan Kaunter Rayuan BSH 2020 di semua Cawangan LHDM.
  • KAUNTER BSH 2020 PEDALAMAN SARAWAK DAN SABAH
  • Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Sabah melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi pembayaran BSH 2020 Kawasan Pedalaman Sarawak dan Sabah. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual yang telah ditetapkan

  1. Jadual Kaunter Pedalaman Sarawak
  2. Jadual Kaunter Pedalaman Sabah
  • Waktu operasi Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) adalah hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi – 5:00 petang. Walau bagaimanapun, bagi mendapat maklumat yang pantas dan mudah, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui Portal BSH seperti berikut:
  1. Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 - Menu MyBSH / Semakan Status Permohonan
  • Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 (RM200) kepada pemohon yang layak telah dibuat mulai 16 Mac 2020. Semakan Status pembayaran boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020). Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil:
  1. Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  2. Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status

Maklumat lanjut pembayaran Fasa Kedua BSH 2020, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Bayaran Fasa Kedua BSH 2020

  • Tarikh Akhir Pendaftaran BSH 2020 adalah pada 15 Mac 2020 (Ahad)
  • Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
  • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    1. Elaun Pekerja Cacat
    2. Bantuan Penjagaan OKU
    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    4. Bantuan Orang Tua
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Pakej Ransangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 seperti berikut:
  1. Pembayaran Fasa 2 BSH 2020 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 akan diawalkan bayaran mulai Mac 2020
  2. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020.

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • SKK BSH 2020
  1. Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.
  2. Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Sekiranya permohonan BSH 2020 berstatus Lulus dan pemohon atau pasangan (Warganegara sahaja) meninggal dunia mulai 1 Februari 2020, waris berdaftar layak menuntut SKK BSH 2020. Tuntutan SKK BSH 2020 boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Ogos 2020

Bantuan Prihatin Nasional

  • Permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional dibuka mulai 12 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020. Permohonan rayuan boleh dibuat di Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Sila layari https://bpn.hasil.gov.my bagi semakan lanjut status permohonan Bantuan Prihatin Nasional
  • Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diumumkan pada 27 Mac 2020 (Jumaat) yang melibatkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan B40 dan M40.
  • Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my). Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

PERINGATAN

  • Berhati-hati dengan Penyamaran
    1. LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bergerak melalui Pegawai BSH, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
  • MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai BSH menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi seperti yang tular pada Facebook atau media sosial.

  • LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik bagi senarai berkenaan.

  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 / 1-800-88-2747 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Sara Hidup. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

  • Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.

  • LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.

  • MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat melalui mana-mana media sosial seperti Aplikasi WhatsApp. Maklumat yang sahih hanyalah melalui risalah yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima bantuan sebelum ini.
+ Selanjutnya

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
  1. Jumlah Tuntutan – RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)
  2. Tempoh meninggal dunia - 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020
  3. Tempat Tuntutan – Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Skim Khairat Kematian layak bagi Kategori Isi Rumah seperti berikut:
  1. Kahwin
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda / mempunyai anak.
  3. Bujang berumur60 tahun dan ke atas
  • Kelayakan SKK adalah seperti berikut:
Bil.
Perkara
Tarikh Kematian
Individu Meninggal Dunia
Kelayakan SKK
1.
Penerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
1/1/2020 - 31/1/2020
Pemohon
Layak
Pasangan (Warganegara Malaysia sahaja)
Tidak Layak
2.
Penerima pembayaran Fasa Pertama dan Tidak Lulus BSH 2020
1/2/2020 - 31/12/2020
Pemohon
Tidak Layak
Pasangan (Warganegara Malaysia sahaja)
Tidak Layak
3.
Penerima pembayaran Fasa Pertama dan Lulus Fasa seterusnya BSH 2020
1/2/2020 - 31/12/2020
Pemohon
Layak
Pasangan (Warganegara Malaysia sahaja)
Layak
4.
Permohonan baharu yang Lulus BSH 2020
1/2/2020 - 31/12/2020
Pemohon
Layak
Pasangan (Warganegara Malaysia sahaja)
Layak

  • Hubungan waris yang layak:
  1. Pasangan
  2. Pasangan
  3. Ibu
  4. Bapa
  5. Anak
  6. Adik-Beradik
  7. Cucu

  • Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK:
  1. Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris

Berita Terkini


PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 DAN TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

20/07/2020

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan, pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat) berdasarkan kategori BSH 2020 merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

29/03/2020

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak. Maklumat boleh diperolehi dengan merujuk Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Prihatin Nasional.

KAUNTER BSH 2020 PEDALAMAN SABAH

30/01/2020

Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi Kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual bagi kemudahan awam.

KAUNTER BSH 2020 PEDALAMAN SARAWAK

30/01/2020

Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi Kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual bagi kemudahan awam.

PEMBAYARAN DIBUAT UNTUK FASA PERTAMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020

20/01/2020

Mulai Isnin 20 Januari 2020 hingga ke Rabu 22 Januari 2020, pembayaran fasa pertama BSH 2020 dikreditkan ke dalam akaun bank penerima BSH yang berdaftar. Untuk fasa pertama BSH 2020, bayaran dibuat sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah.

BANTUAN SARA HIDUP 2020 (BSH 2020)

12/12/2019

Dimaklumkan bahawa pengumuman tempoh pemohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuat oleh YB Menteri Kewangan dalam masa terdekat. Sehubungan dengan itu, LHDNM ingin menjelaskan bahawa sebarang makluman yang terdapat di media sosial adalah TIDAK TEPAT.