Berita Terkini


WASPADA AKAUN PALSU BSH

04.01.2018


KUALA LUMPUR 4 Jan. - Orang ramai disaran berwaspada apabila Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan akaun Facebook dan Twitter palsu berkaitan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.

Sumber berkata, akaun palsu itu dipercayai milik sindiket penipuan terancang yang cuba mencuri data peribadi milik pemohon.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika melayari pautan dan web tidak rasmi membabitkan BSH 2019.

"Dapatkan maklumat sahih hanya menerusi portal rasmi BSH 2019, LHDN di pautan https://bsh.hasil.gov.my/" katanya.

Orang ramai juga boleh mendapatkan laporan sahih menerusi https://sebenarnya.my/ yang berperanan sebagai portal pengesahan maklumat bagi membanteras berita palsu yang semakin berleluasa.