SELAMAT DATANG KE BANTUAN SARA HIDUP

aaa
  • Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan Bantuan Sara Hidup menjadi Hak Milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

MAKLUMAN TERKINI

  • Pendaftaran Permohonan, Kemas Kini dan juga penghantaran Dokumen Sokongan BSH 2019 TELAH DITUTUP. Sebarang penghantaran Borang Permohonan, Kemas Kini dan Dokumen Sokongan BSH 2019 tidak akan diterima oleh LHDNM.

  • Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

  • Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus BSH bagi Fasa Pertama telah boleh dibuat cetakan secara dalam talian oleh penerima Fasa Pertama BSH di Portal BSH > MyBSH > Peti Mel > Surat-Surat mulai 1 Mac 2019. Selain daripada cetakan secara dalam talian, penerima BSH juga boleh mendapatkan cetakan Salinan Surat Makluman Lulus BSH Fasa Pertama di mana-mana Cawangan LHDNM mulai 5 Mac 2019.

  • Aplikasi Mobile Bantuan Sara Hidup telah boleh dimuat turun di Play Store / App Store pada Telefon Bimbit dengan Carian Bantuan Sara Hidup dan Logo Aplikasi adalah seperti berikut:

  • Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.

  • Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan BSH 2019 adalah TIDAK PERLU MEMBUKA AKAUN BANK bagi pengisian maklumat bank pada permohonan BSH 2019. Ini kerana, bagi permohonan yang lulus BSH 2019 dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa permohonan BSH 2019 atau status pengkreditan ke akaun adalah tidak berjaya, pihak BSN akan membuka akaun bank (BSN) secara automatik semasa pembayaran BSH 2019.

  • Status pengkreditan Bayaran Fasa Pertama BSH 2019 ke akaun (Berjaya Kredit / Gagal Kredit) akan mula dipaparkan pada Jadual Bayaran melalui semakan MyBSH > Semakan Status > Maklumat Bayaran mulai 15 Februari 2019. Oleh itu, penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 sendiri perlu membuat semakan pada penyata akaun bank yang telah didaftarkan semasa BSH 2018 bagi mengetahui status pengkreditan bayaran berkenaan.

  • MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.

  • Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.

+ Selanjutnya

PERINGATAN

  • Berhati-hati dengan Penyamaran
    1. LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bergerak melalui Pegawai BSH, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
  • MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan.

  • LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik bagi senarai berkenaan.

  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 / 1-800-88-2747 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Sara Hidup. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

  • Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.

  • LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.

  • MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat melalui mana-mana media sosial seperti Aplikasi WhatsApp. Maklumat yang sahih hanyalah melalui risalah yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima bantuan sebelum ini.
+ Selanjutnya

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

  • Penerima BSH 2019 meninggal dunia mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2019
  1. Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019 sebanyak RM1,000 layak diberi kepada waris yang didaftarkan semasa BSH 2018 bagi penerima Fasa Pertama BSH 2019
  2. Tuntutan boleh dibuat mulai 1 Februari 2019 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Penerima BSH 2019 meninggal dunia mulai 1 Februari 2019
  1. Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019 sebanyak RM1,000 layak diberi kepada waris yang didaftarkan semasa BSH 2019 (permohonan yang diterima dari 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019) bagi:
  2. •  Penerima pembayaran Fasa Pertama dan lulus pembayaran Fasa seterusnya BSH 2019
    •  Permohonan baharu yang lulus BSH 2019
  • Tarikh Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019 di mana–mana Cawangan BSN seperti berikut:


  • Waris perlu membawa dokumen seperti berikut:
  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 telah ditutup

  • Kelewatan tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 oleh waris tidak akan diluluskan.

Berita Terkini


KAUNTER BSH 2019 PEDALAMAN SARAWAK DAN SABAH

04.03.2019

Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Sabah melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi Kawasan Pedalaman Sarawak dan Sabah. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual bagi kemudahan awam.

Papar Jadual Sarawak Papar Jadual Sabah

BANTUAN OKU TERUS DISALURKAN

22.02.2019

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) menyesali laporan media dan dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Bujang, ibubapa tunggal dan warga emas tidak menerima Bantuan BSH.

Kementerian Kewangan menjelaskan golongan ibubapa tunggal dengan tanggungan layak diberi BSH 2019 termasuk warga emas yang melebihi 60 tahun sama ada berstatus berkahwin atau bujang.

Bagi golongan OKU, Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan Bantuan Elaun Pekerja Cacat atau Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja. Siaran Media telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 22 Februari 2019. Klik Siaran media.

Siaran Media

PERMOHONAN ATAU KEMAS KINI BSH 2019 DIPERMUDAHKAN

20.02.2019

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah menetapkan proses pendaftaran BSH 2019 seperti berikut:

  1. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri semasa penghantaran Borang BSH 2019 kerana permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi penentuan kelayakan setiap permohonan. Pemohon perlu memastikan maklumat yang dilaporkan pada Borang BSH 2019 adalah tepat dan jelas
  2. Pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) tidak perlu mengemaskini maklumat BSH 2019 kecuali terdapat perubahan Maklumat. Ini kerana permohonan BSH 2019 akan diproses oleh LHDNM menggunakan Data Permohonan BSH 2018.

Siaran Media telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 20 Februari 2019. Klik Siaran media.

Siaran Media

PEMBAYARAN BSH 2019 SEBANYAK RM100 UNTUK GOLONGAN BUJANG

20.02.2019

Pembayaran BSH 2019 sebanyak RM100 dengan menggunakan data LULUS BSH 2018 akan dibuat hanya kepada pemohon LULUS BSH 2018 yang berstatus Bujang (termasuk Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tiada tanggungan) dan berumur 59 tahun ke bawah kecuali pemohon yang meninggal dunia. Pembayaran berkenaan akan dilakukan pada penghujung Bulan Mac 2019 berdasarkan maklumat BSH 2018 seperti berikut:

  1. Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018
  2. Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon

Penerima bayaran RM100 bagi kategori Bujang berkenaan TIDAK PERLU membuat Permohonan BSH 2019 bagi mendapatkan bayaran tersebut. Siaran Media telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 19 Februari 2019. Klik Siaran media.

Siaran Media

KAUNTER BSH 2019 PENDALAMAN SARAWAK

18.02.2019

Perbendaharaan Malaysia Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi kawasan Pendalaman Sarawak. LHDNM dan BSN akan berada dilokasi mengikut tarikh seperti jadual bagi kemudahan orang awam.

Papar Jadual

PENDAFTARAN ATAU KEMAS KINI BSH 2019

02.02.2019

Tempoh pendaftaran permohonan atau kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah dibuka mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019.

Berita Lanjut

PENERIMAAN SMS DARIPADA BSN MENGENAI PEMBAYARAN FASA 1 BSH 2019

31.01.2019

Bagi pemakluman mengenai SMS yang dihantar oleh BSN mengenai pembayaran Fasa 1 BSH 2019, klik Berita Lanjut.

Berita Lanjut

WASPADA AKAUN PALSU BSH

04.01.2019

Orang ramai disaran berwaspada apabila Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan akaun Facebook dan Twitter palsu berkaitan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.

Berita Lanjut