• Makluman

  • Notis Amaran

  • Khairat Kematian

  • Syarat Kelayakan

  • Hubungi Kami

MAKLUMAN PENTING
  1. Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

MAKLUMAN TERKINI
  1. Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) boleh dibuat dimana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus Fasa 3 boleh dibuat di Cawangan LHDNM mulai:
    1. 24 September 2018 - Permohonan Lulus Fasa 3 yang tidak mempunyai maklumat akaun.
    2. 1 Oktober 2018 - Permohonan Lulus Fasa 3 dengan status pembayaran gagal kredit ke akaun.
  3. Pembayaran Fasa 3 BSHR 2018 adalah mulai 15 Ogos 2018 (Rabu) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang mengemukakan maklumat akaun bank dan berjaya kredit semasa pembayaran Fasa 2 atau ada mengemaskini maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, surat baucar akan diposkan kepada pemohon dan pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN dengan membawa surat baucar berkenaan.
  4. Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.
  5. Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.
  6. Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai Januari 2019. Pemakluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat.
PERINGATAN
  1. MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan.
  2. LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup Rakyat secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik senarai berkenaan
  3. LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Sara Hidup Rakyat. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
  4. Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.
  5. LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.
  6. MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat melalui mana-mana media sosial seperti Aplikasi WhatsApp. Maklumat yang sahih hanyalah melalui risalah yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima bantuan sebelum ini.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima bantuan bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2018.
  2. Waris perlu membawa dokumen berikut:

    1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
    2. Kad Pengenalan Asal Waris
    3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
SYARAT KELAYAKAN

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon bantuan ini.
HUBUNGI KAMI (BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT):
         Hotline MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566
         Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM :
1-800-88-2716
Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m
Waktu Pembukaan Kaunter : Sila Klik
         Faksimili MOF :
03-8882 3933

        
Sekretariat MOF:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya  
        

+6016-830-1970
+6016-736-9364
+6016-594-7475
+6019-299-4434
+6016-422-7460

CAWANGAN SEMENANJUNG
9.00 PAGI - 5.00 PETANG

CAWANGAN SABAH / SARAWAK
8.00 PAGI - 4.00 PETANG

  1. https://semakanonline.com/bantuan-sara-hidup
  2. http://brim-hasil.net/
  3. https://www.facebook.com/BR1M3/
  4. http://www.br1m.info
  5. http://www.br1m.net
  6. http://www.br1m2017.com
  7. http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
  8. https://www.facebook.com/BR1M2017/
  9. http://bulletinmedia.blogspot.my/2017/01/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena.html
  10. http://www.siakapke.li/terkini/bayaran-brim-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cina
  11. http://pingje.org/infoje/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cinabr1m-telah-di-kreditkan-ke-akaun-sila-semak-akaun-anda/
  12. http://wow.com/permohonan/
  13. https://www.mysumber.com/duit-br1m.html
  14. http://www.malaysiatercinta.com/2013/12/tarikh-dan-cara-pembayaran-br1m-2014.html
  15. http://myeidos.com/semak-kemasukan-duit-br1m/

Poskod sedang disemak ...