NILAI PEMBERIAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019
28.05.2019
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, pada 24 Mei 2019 mengenai pembayaran fasa kedua BSH 2019 pada 28 Mei 2019,
peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM1.42 Bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH serta 3.23 juta anak
penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.
Siaran Media
PEMBAYARAN FASA KEDUA BSH 2019 MULAI 28 MEI 2019
24.05.2019
Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan telah meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) demi kesejahteraan ekonomi rakyat
dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan
terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa kedua akan dilaksanakan mulai
28 Mei 2019 (Selasa) berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2019 yang akan diterima.
Siaran Media
BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019 UNTUK GOLONGAN BUJANG
29.03.2019
Pada bulan Februari 2019 lalu, berdasarkan keprihatinan kepada tekanan kos sara
hidup, Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100
kepada golongan bujang B40 akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019. Bantuan ini telah disalurkan
secara berperingkat mulai 28 Mac 2019.
Siaran Media
BANTUAN OKU TERUS DISALURKAN
22.02.2019
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) menyesali laporan media dan dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Bujang, ibubapa tunggal dan warga emas tidak menerima Bantuan BSH.
Kementerian Kewangan menjelaskan golongan ibubapa tunggal dengan tanggungan layak diberi BSH 2019 termasuk warga emas yang melebihi 60 tahun sama ada berstatus berkahwin atau bujang.
Bagi golongan OKU, Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan Bantuan Elaun Pekerja Cacat atau Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja.
Siaran Media telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 22 Februari 2019. Klik Siaran media.
Siaran Media
PERMOHONAN ATAU KEMAS KINI BSH 2019 DIPERMUDAHKAN
20.02.2019
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah menetapkan proses pendaftaran BSH 2019 seperti berikut:
- Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri semasa penghantaran Borang BSH 2019 kerana
permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi
penentuan kelayakan setiap permohonan. Pemohon perlu memastikan maklumat yang dilaporkan pada Borang BSH 2019 adalah tepat dan jelas
- Pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) tidak perlu mengemaskini maklumat BSH 2019 kecuali terdapat perubahan Maklumat.
Ini kerana permohonan BSH 2019 akan diproses oleh LHDNM menggunakan Data Permohonan BSH 2018.
Siaran Media telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 20 Februari 2019. Klik Siaran media.
Siaran Media
PEMBAYARAN BSH 2019 SEBANYAK RM100 UNTUK GOLONGAN BUJANG
20.02.2019
Pembayaran BSH 2019 sebanyak RM100 dengan menggunakan data LULUS BSH 2018 akan dibuat hanya kepada pemohon LULUS BSH 2018 yang berstatus Bujang (termasuk Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tiada tanggungan) dan berumur 59 tahun ke bawah kecuali
pemohon yang meninggal dunia. Pembayaran berkenaan akan dilakukan pada penghujung Bulan Mac 2019 berdasarkan maklumat BSH 2018 seperti berikut:
- Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018
- Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon
Penerima bayaran RM100 bagi kategori Bujang berkenaan TIDAK PERLU membuat Permohonan BSH 2019 bagi mendapatkan bayaran tersebut. Siaran Media telah
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 19 Februari 2019. Klik Siaran media.
Siaran Media
KAUNTER BSH 2019 PENDALAMAN SARAWAK
18.02.2019
Perbendaharaan Malaysia Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan
pembukaan Kaunter BSH bagi kawasan Pendalaman Sarawak. LHDNM dan BSN akan berada dilokasi mengikut tarikh seperti jadual bagi kemudahan orang awam.
Papar Jadual
PENDAFTARAN ATAU KEMAS KINI BSH 2019
02.02.2019
Tempoh pendaftaran permohonan atau kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah dibuka mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019.
Berita Lanjut
PENERIMAAN SMS DARIPADA BSN MENGENAI PEMBAYARAN FASA 1 BSH 2019
31.01.2019
Bagi pemakluman mengenai SMS yang dihantar oleh BSN mengenai pembayaran Fasa 1 BSH 2019, klik Berita Lanjut.
Berita Lanjut
WASPADA AKAUN PALSU BSH
04.01.2019
Orang ramai disaran berwaspada apabila Kementerian Kewangan Malaysia
dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan akaun Facebook dan Twitter palsu berkaitan pendaftaran
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.
Berita Lanjut