Syarat Permohonan

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.


Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.


Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).


Pasangan BUKAN Warganegara Malaysia DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad / MyKid).


Hubungan anak mestilah

  • Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja;dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan;dan
  • 18 tahun dan ke bawah;atau
  • 19 tahun dan ke atas:
      • Masih belajar sepenuh masa di Intitut Pengajian Tinggin Awam/Swasta; atau
      • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat